Thursday 1 November 2012

KESELAMATAN KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

MALANG TIDAK BERBAU..

Frasa di atas jelas menunjukkan bahawa kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Jadi aspek keselamatan haruslah menjadi keutamaan ketika kita melakukan sesuatu termasuklah ketika menunggang basikal.

Contoh kemalangan melibatkan basikal..(",)

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.

Topi Keselamatan Basikal

Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang basikal. Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

Pelindung Siku

Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.


Kasut Sukan

Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan. Gambar di bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya


Berhati-hati ketika menunggang basikal…

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!


19 comments:

  1. Replies
    1. Bnyak yng sya dpt dari inform ni. Thank you for you information

      Delete
    2. Thank you for your information

      Delete
  2. Boooooooooo boring betul lah yang ni ja nuk

    ReplyDelete
  3. BANYAK MAKLUMAT YANG SAYA BOLEH DAPAT .THANK YOU.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas information. Sekarang saya dah boleh jawab soalan tentang info diatas. :)

    ReplyDelete
  5. Tq info ni byk membantu sya nk jwb soalan👍😁

    ReplyDelete
  6. Kegunaan Pemantul Cahaya Basikal apa?Susah mau cari

    ReplyDelete
  7. Oooo pelindung siku namanya.......tadi Kat sekolah dia tanya apakah pemakaian keselamatan menunggang basikal saya tulis kat kertas tu penutup siku dan penutup kaki........🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice kalau saya cikgunya saya right semua

      Delete
  8. Yes,it did help me a lot !!!!!

    ReplyDelete