Saturday, 24 November 2012

KATA TANYA (BAHAGIAN 1)

1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.  
6. Kata Tanya diakhiri dengan simbol “?”.

Contoh-contoh ayat tanya.
bila
Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa
Engkau ini siapa ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah kesudahan cerita itu?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?

Thursday, 22 November 2012

?????



Apakah simbol di atas?

Pada entri yang seterusnya, kita akan belajar mengenai simbol di atas..

Nantikan…… :)
 


Sunday, 18 November 2012

AKTIVITI 5

Berdasarkan frasa yang diberi, lengkapkan pantun di bawah. Kemudian, baca pantun dengan intonasi dan gaya betul.




Pergi sekolah menuntut ilmu,
Adik-adik janganlah nakal,
Mari sini marilah kamu,
Mari belajar menunggang _________.

Di tepi pantai mencari lala,
Rehat sebentar meneguk kelapa,
Begaimana cara melindungi kepala,
_________________ jangan dilupa.

Cantik-cantik si burung enggang,
Tidak terlawan si burung garuda,
Hati-hati ketika menunggang,
Patuhi peraturan dan _______________.

Cuti sekolah menjelma kini,
Bersama rakan menonton wayang,
Jangan lupa pesanan ini,
Ingatlah ____________ yang tersayang.